Friday, March 4, 2011

Percubaan Bunuh Diri Anak Hosni Mubarak


Menurut sumber-sumber informasi di Cairo menyebut bahawa Gamal (Jamal) Mubarak, anak lelaki Presiden Mesir yang digulingkan, telah cuba membunuh diri dengan meminum racun, setelah dirinya menderita tekanan moral dan kecewa dari mimpi menjadi presiden serta dikejar oleh rakyat yang ingin mengambil wang yang dia seludupkan keluar dari Mesir, yang berjumlah jutaan dolar di bank-bank yang ada di Ireland, Swiss, Perancis, Kanada dan Norway.

Menurut surat kabar Aljazair “Asysyuruq”, Gamal meminum secawanr teh yang telah dicampur dengan racun, Gamal pengsan namun dirinya diselamatkan setelah pengawal keluarganya memanggil doktor peribadinya.

Doktor mengambil sampel terakhir darahnya, dan mendapati bahawa Gamal telah mencuba membunuh diri dengan meminum racun, doktor juga mengatakan bahawa keadaan mental Gamal semakin buruk akibat revolusi Mesir, dirinya menderita tekanan yang sangat kuat.


Sementara itu, Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dilaporkan terus menerima rawatan untuk penyakit kanser di negara yang melindunginya iaitu Arab Saudi. Demkian menurut laporan akhbar Al-Akhbar pada hari Rabu lepas.

“Sekarang Mubarak ada di sebuah pangkalan tentera di bandar Tabuk dan menerima rawatan untuk kanser usus besar dan pankreas,” kata laporan itu, mengutip “sumber-sumber informasi.”

“Dia sedang menjalani kemoterapi setiap lima hari,” katanya.

Setelah dia mengundurkan diri pada 11 Februari dan kekuasaan diserahkan ke sebuah dewan tentera, Mubarak, 82, menetap di resort di Laut Merah Sharm el-Sheikh, tempat dia secara teratur menerima tamu asing.

Al-Akhbar melaporkan bahwa Mubarak berangkat ke kota di barat laut Arab Saudi hanya beberapa hari setelah pengunduran dirinya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini rahsia kesihatan Mubarak sangat dikawal ketat. Mac tahun lalu Mubarak menghabiskan tiga minggu di Jerman setelah pembedahan.


Sumber; http://www.isuhangat.net/2011/03/percubaan-bunuh-diri-anak-hosni-mubarak/

No comments: