Thursday, May 26, 2011

Sleepy...

Uits dang, pa khbr?, sihat?, bgus, mudah2n ko panjang umur...

Nah ku bgi ko jwpan ku untk soalanmu yg prtama, aku ngaku ehh HAHA ko ja yg nda HAHA aku bkn kan jdi penyibuk tapi cuma kn tlg kwn x)

Dang, cmana jua ku trasa untk 2 jam yg lpas pasl ku bz post video n upload gmbr, nada ku masa kn lawat profile mu stiap x ku on fb cuz bnyk g profile yg ku kn aga, ko ja yg rajin lawat profile urg x)

Last, aku nda mauk kn stalk kau stiap x ku masuk fb cuz kau nda pemes bh, yath ku malas tu, buang masa ja dude HAHA ahah, n other thing, jgn strike aku, nanti kau sndri yg susah padan dgn mua HAHA

- n.

Tuesday, May 24, 2011

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, juga ibu kepada pelakon Faizal Hussein telah kembali ke rahmatullah telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri.

Laporan Mstar ada menyebut, cucunya Ayang Hussein berkata bahawa arwah telah dihantar ke klinik ekoran demam panas & batuk. Namun, doktor disyaki telah memberikan ubat yang tidak bersesuaian sehingga sistem imunisasi arwah gagal berfungsi.

Ayang Hussein & ibunya kemudian menghantar arwah ke hospital & dimasukkan ke ICU setelah koma pada pukul 10 malam tadi. Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota, Danau Kota selepas waktu Asar nanti.

Al-Fatihah buat Mahyon Ismail. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber; http://www.ohbulan.com/seniwati-mahyon-ismail-meninggal-dunia-al-fatihah/

Monday, May 23, 2011

Pelacur-pelacur tunjuk perasaan membantah tindakan polis



Ratusan pekerja seks, pelacur dan barua (orang yang mencari pelanggan kepada pelacur) berkumpul pada hari Selasa berhampiran sebuah daerah lampu merah di Seoul, Korea Selatan untuk memprotes tindakan keras polis di rumah pelacuran, dengan beberapanya gagal cuba untuk membakar diri sendiri.

Perhimpunan itu sekitar 400 orang, kebanyakan wanita memakai topi baseball, topeng muka dan kacamata, meneriakkan slogan-slogan seperti, "Jaminan hak untuk hidup!" berkumpul selama empat jam.

Pada satu masa, sekitar 20 orang penunjuk perasaan dengan hanya berseluar dalam dan menutup tubuh dan wajah dengan cat dan disiram diri mereka dengan cecair yang mudah terbakar dalam usaha untuk membakar diri mereka sendiri, tetapi yang lain menghentikan mereka dari menyalakan api.

Sesetengah wanita kemudian duduk di jalan dan menangis dan berteriak, sementara penunjuk perasaan yang lain menenangkan mereka.

Pertengkaran kecil antara penunjuk perasaan dan polis meletus selepas berkumpul, namun tidak ada laporan kecederaan besar.

Pelacuran adalah haram di Korea Selatan tetapi ianya berleluasa, walaupun kerajaan sentiasa berulang-ulang bertindak keras.

Perhimpunan ini berlaku seminggu selepas para pegawai polis mula menempatkan kereta mereka berhampiran rumah pelacuran dalam usaha untuk mengusir orang yang ingin melanggan khidmat seks.

Para pekerja seks menuduh 'department store' yang berhampiran kerana kononnya mendorong polis untuk mengambil tindakan tersebut. Polis menolak tuduhan itu.

[AOL News]

Sumber; http://unikversiti.blogspot.com/2011/05/pelacur-pelacur-tunjuk-perasaan.html?showComment=1306203789053#c1446342894574473021

Sunday, May 15, 2011

Karangan Yang Memeningkan Kepala


Karangan apakah ini? Pening kami dibuatnya.

Kami berani jamin, cikgu Bahasa Melayu yang baca karangan budak ni pun mesti pening sampai terpaksa telan panadol.

Sumber; http://zonbebas.com/karangan-yang-memeningkan-kepala/comment-page-1/#comment-17742

Pesaing Mitsubishi?


Mitsubishi tu biasalah dengar. Tapi ni, MUSTIBISHA. Pelik je ZB baca. Adakah ianya syarikat pengeluar kereta yang baru sekaligus menyaingi jenama Mitsubishi?

Sumber; http://zonbebas.com/pesaing-mitsubishi/

Anak Muda, Apa Yang Kau Banggakan?


Anak Muda,

Rambutmu kini menjadi perang
Entahlah, kau cat dengan wang dari orang tuamu
ataukah sekadar mengikut kengkawan

Anak Muda,
Ada besi melingkar menembusi cuping telingamu
Bukan hanya kaum hawa
Engkau pun sekarang memakainya
Kamu menyangka kamu nampak hebat
Tapi sebenarnya semakin membuatmu seakan wanita

Anak Muda,
Pakaianmu yang kemas semasa bersekolah menengah
Telah berubah setelah menjadi mahasiswa
Koyak sana, conteng sini
Baju yang baru sengaja kau burukkan

Anak Muda,
Sebatang rokok selalu menemanimu
Ringgit demi ringgit kau bakar
Pengubat stress katamu
Padahal kau sedang bahayakan diri dan sekitarmu
Kau benci orang yang ego
Padahal kau sendiri termasuk darinya

Anak Muda,
Usia yang semakin bertambah
Tak juga membuatmu berubah
Waktu demi waktu
Engkau habiskan berlalu begitu sahaja
Dari warung ke restoran mamak
Dari mall ke kelab
Pengisiannya sama tetapi tempat yang berbeza

Anak Muda,
Ibu dan ayah amat risau memikirkanmu
Dulu anak soleh yang mereka pinta
Setiap malam, tiap selesai ibadah
Mereka sempat mendoakanmu
Namun, apa balasanmu?

Anak Muda,
Ayahmu membanting tulang bersengkang mata
Mencari nafkah kos sekolah dan makanmu
Sedangkan ibumu
Sabar mengajar mengira satu dua tiga
Dan mengeja a b c d
Namun, apa baktimu?

Anak Muda,
Masa mudamu menentukan masa tua
Barangsiapa bersenang-lenang di waktu muda
Kemungkinan akan bersusah payah di waktu tuanya
Dan sebaliknya,
Barangsiapa bersusah payah di masa muda
Insyallah akan menuai nikmatnya hari tua

Anak Muda,
Bukan kehensemanmu yang boleh kau banggakan
Bukan pula penampilanmu yang kononnya cool
Bukan pula aksesori dan gaya jalanmu
Tapi berbanggalah kerana akhlakmu
Berbanggalah kerana kebaikanmu
Dan berbanggalah kerana keikhlasan mu

Anak Muda,
Pilihan di tanganmu sekarang
Diam bererti menanti kehancuran
Berubah bererti mencipta masa depan
Renungkan, fikirkan
Dan cepatlah ambil keputusan

Sumber; http://www.isuhangat.net/2011/05/anak-muda-apa-yang-kau-banggakan/