Monday, March 28, 2011

Pelajar Perempuan Mengandung Beramai-Ramai.

Pada khutbah Jumaat di Johor pada hari Jumaat lalu, khatib telah menceritakan pasal keruntuhan akhlak remaja kita berada di tahap paling serius.

Sekumpulan pelajar sekolah Islam ditangkap ketika mengadakan pesta seks di sekolah semasa waktu solat Jumaat! Walaupun tiada ulasan detail namun keruntuhan akhlak remaja kini semakin membimbangkan.

Apa lagi di negara barat..

17 remaja perempuan yang belum berumur 17 tahun dan masih bersekolah di Gloucester High School di Massachusetts, Amerika Syarikat, menjalankan idea dari hasil pakatan sekelas iaitu mengandung SECARA SERENTAK. Bukan hanya pihak sekolah dan guru-guru, orang-orang tua mereka pun tak faham apa sebenarnya yang ada dalam benak dan keingingan dari ke-17 remaja perempuan ini.

Bermula dari menikmati hiburan musim panas, ketika pulang dan mulai belajar kembali di sekolah diketahui 17 orang pelajar ini mengandung secara serentak . Uniknya dan isu hangatnya ialah mereka bukan hanya satu sekolah, ketujuh belas gadis berusia kurang dari 16 tahun ini ternyata juga satu kelas!

Sehingga kini pihak sekolah masih menyiasat berapa umur ‘bapa’ dan siapa yang menjadi ‘bapa’ yang menghamilkan mereka. “Jika diketahui usia ‘para bapa’ ini lebih dari 20 tahun, maka mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara kerana di dakwa berhubungan seks dengan gadis di bawah umur,” kata seorang kakitangan di sekolah itu.

Dari laporan yang terungkap ternyata niat mengandung secara bersama dari ke-17 pelajar perempuan ini memang telah mereka rancangkan. Malah diketahui semua pelajar perempuan di kelas itu telah sepakat, namun yang benar-benar mengandung hanya 17 remaja perempuan.

“Entah apa tujuannya, tapi dari hasil ujian mengandung yang dilakukan oleh pihak sekolah, kami menemui fenomena menyedihkan ini. Malah beberapa diantara pelajar perempuan yang lain yang mengungkapkan rasa kecewa kerana mereka gagal mengandung,” ujar staf sekolah itu.

Cerita pasal 17 pelajar perempuan yang mengandung bersama kali ini benar-benar mengejutkan sehingga menjadi perbincangan media massa.

Sumber; http://www.isuhangat.net/2011/03/pelajar-perempuan-mengandung-beramai-ramai/#comment-12217

No comments: