Monday, October 4, 2010

Another poem

Mengusutkan,
Membencikan,
Menggusarkan
dan juga
Menyedihkan...

Itulah yang ada didalam fikiranku pada masa ini,
Disaat semua manusia sedang bergembira,
Aku sedang tenggelam kedalam sebuah lautan yang begitu dalam, gelap dan sejuk...
Tiada sesiapapun yang memahami perasaan ku,
Aku menyembunyikan kesemua kesedihan ku disebalik gelak tawaku...

Mereka tertipu dengan semua tingkahlaku ku ini dan mengganggap aku sentiasa gembira,
hanya kerana gelak tawa dan senyuman palsu ku...

DIkala ini aku benar-benar sedang tenggelam kedalam lautan yang gelap itu,
Aku menjerit, meminta untuk diselamatkan tetapi usaha ku hanyalah sia-sia...
Suaraku tidak di dengari dan harapanku untuk selamat semakin lama semakin pudar,
Pada waktu inilah benak ku dipenuhi dengan semua memori...

Memori ketika aku masih bersama dengan mereka,
Yang mungkin takkan ku dapat kecapi lagi,
Dan juga...
Memori ketika aku masih bersamanya,
Yang juga mungkin takkan ku dapat kecapi lagi...

Aku masih mengingati semuanya dengan begitu jelas,
Walaupun diriku sedang terkapai-kapai umpama ikan yang menggelupur,
Kerana sedang menunggu kematian...

Kerana...

Memori yang masih terpahat di ingatan ku ini adalah merupakan sebuah memori terindah yang pernah aku miliki...

Done by= Nadiah.
Date= 3rd October 2010.

No comments: